Penamaan calon di Pensiangan Danny Anthony Andipai

Parlimen Pensiangan terletak di Sabah, Malaysia. Hari penamaan calon diadakan pada 24 Februari 2008 dan pengundian pada 8 Mac 2008. Tan Sri Joseph Kurup (Barisan Nasional - PBRS) sepatutnya ditentang oleh Danny Anthony Andipai dari PKR. Joseph selaku Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diumumkan menang tanpa bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya . Alasannya Danny 'lewat' mengemukakan borang pencalonan padahal beliau berada di dalam dewan, borang dan wang pertaruhan telah ada bersama. Sebaliknya pegawai pilihan raya asyik sibuk mendaftarkan calon-calon lain.

SPR hanya menyediakan satu kaunter sahaja di tempat penamaan calon sehingga menghalang calon lain mengemukakan borang pencalonan.Sedangkan masa yang ditetapkan bagi menyerahkan borang hanya sejam bermula jam 9 hingga 10 pagi.Bagi kawasan Pensiangan, tiga kaunter patut dibuka -- satu bagi calon untuk kerusi Parlimen Pensiangan, manakala dua lagi bagi kerusi negeri Nabawan dan Sook. [1]